Apabila terjaga dari tidur, macam biasa Bang ajis kita dah bangun pukul 4 pagi lagi. Pagi tu dia bancuh kopi punya ler kaw. Ader ke patut teman tengah mamun lagi dia suruh rasa kopi. teman bantai ok jer la. Selepas sarapan kami gotong royong bersih kawasan Pengkalan dan tandas awam (Kerja amal). Pukul 8.30am kami bertolak ke bawah sikit untuk bergambar kenangan.
Kami bergerak keluar dari tasik kenyir pukul 8.15 pagi menuju ke Santuary gajah Sg Ketiar, Hulu Terengganu.Di situlah kami berkenalan dengan Suria dan Mek Melor.
Gajah 1 ,
Nama : Suria
Jantina : Betina
Asal : Pak Khancil, Setiu
Tahun Kelahiran : 2000
Gajah 2,
Nama : Mek Melor
Jantina : Betina
Asal : Kg Melor, Hulu Terengganu.
Tahun Kelahiran : 2007
9.55am
Destinasi seterusnya, Taman Negara Kuala Koh melalui Felda Aring 10 dan Aring B.Kami diberi taklimat oleh Pegawai Perhilitan En Shahbuddin dan En Ismail mengenai Taman Negara Kuala Koh.Pantang larang dan bayaran yang dikenakan.
11.00am
Bergerak keluar dari Taman Negara Kuala Koh menuju ke R&R Gua Musang. Menu Kegemaran kat situ ialah "SUP TULANG LEMBU KAMPUNG".
1.00PM
Bergerak ke Gua Musang. Berhenti sembahyang kat Masjid Gua Musang. Sempat makan sate ikan 10 cucuk. Lepas sembahyang bergerak ke stesen keretapi Gua Musang untuk cari buah tangan.
2.40pm
Bertembung dengan Geng Motor Besar kat Petronas Gua Musang.Bertolak keluar dari Gua Musang.Hujan lebat kat lojing.
Khabarnya ekspidisi berakhir dengan jayanya. Tepat pada pukul 6.oopm konvoi sampai di TLC untuk beredar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
PENGEMBARAAN SETERUSNYA IALAH PENGEMBARAAN MENCARI JAM LAMA DI TEMPAT-TEMPAT TERPILIH DI PERAK