Thursday, October 1, 2009

Tuesday, September 29, 2009

PENGURUSAN BARU

GENGJAMLAMA TLC akan mengalami satu transformasi di dalam blog sedikit masa lagi. Tunggulah penampilan baru dari Kelab Jam Lama TLC.

Friday, July 3, 2009

JAM BARU KOT!!!


GAMBAR JAM NI SENGAJA DI BLURRRRRRKAN TERLEBIH DAHULU ATAS PERMINTAAN PEMILIKNYA

Friday, June 26, 2009

KOLEKSI TUAN PRESIDEN



INILAH ANTARA KOLEKSI KESELURUHAN TUAN PRESIDEN. KESEMUA JAM DI ATAS UNTUK DIJUAL DAN ADA YANG TELAH TERJUAL.

Tuesday, June 23, 2009

CABARAN HARI TERAKHIR



Apabila terjaga dari tidur, macam biasa Bang ajis kita dah bangun pukul 4 pagi lagi. Pagi tu dia bancuh kopi punya ler kaw. Ader ke patut teman tengah mamun lagi dia suruh rasa kopi. teman bantai ok jer la. Selepas sarapan kami gotong royong bersih kawasan Pengkalan dan tandas awam (Kerja amal). Pukul 8.30am kami bertolak ke bawah sikit untuk bergambar kenangan.

Kami bergerak keluar dari tasik kenyir pukul 8.15 pagi menuju ke Santuary gajah Sg Ketiar, Hulu Terengganu.Di situlah kami berkenalan dengan Suria dan Mek Melor.

Gajah 1 ,
Nama : Suria
Jantina : Betina
Asal : Pak Khancil, Setiu
Tahun Kelahiran : 2000

Gajah 2,
Nama : Mek Melor
Jantina : Betina
Asal : Kg Melor, Hulu Terengganu.
Tahun Kelahiran : 2007

9.55am
Destinasi seterusnya, Taman Negara Kuala Koh melalui Felda Aring 10 dan Aring B.Kami diberi taklimat oleh Pegawai Perhilitan En Shahbuddin dan En Ismail mengenai Taman Negara Kuala Koh.Pantang larang dan bayaran yang dikenakan.

11.00am
Bergerak keluar dari Taman Negara Kuala Koh menuju ke R&R Gua Musang. Menu Kegemaran kat situ ialah "SUP TULANG LEMBU KAMPUNG".

1.00PM
Bergerak ke Gua Musang. Berhenti sembahyang kat Masjid Gua Musang. Sempat makan sate ikan 10 cucuk. Lepas sembahyang bergerak ke stesen keretapi Gua Musang untuk cari buah tangan.

2.40pm
Bertembung dengan Geng Motor Besar kat Petronas Gua Musang.Bertolak keluar dari Gua Musang.Hujan lebat kat lojing.
Khabarnya ekspidisi berakhir dengan jayanya. Tepat pada pukul 6.oopm konvoi sampai di TLC untuk beredar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

PENGEMBARAAN SETERUSNYA IALAH PENGEMBARAAN MENCARI JAM LAMA DI TEMPAT-TEMPAT TERPILIH DI PERAK

Monday, June 22, 2009

CABARAN HARI KE DUA




Terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi org tangkap gambar dalam gelap. Rupa-rupanya ada le sorang mamat tu, kita punya ketua ekspidisi tak leh tido agaknya. Dia pakai tangkap jer gambar dalam gelap. Pass tu Yob Dabai pulak yg offer jadi assistant, tukang jadi lighting man. Teman bangun dan terus cari bilik mandi. Dengar kata tak jauh dari sini ada tandas awam dan bilik mandi. Jalan punya jalan 10 minit jugak.
Sambil sarapan, kami berbincang macamana pergerakan hari ini.Adakah nak bergerak ke tempat lain atau stay kat sini jer. Keputusan dibuat untuk tinggal di Pengkalan Gawi sehari lagi. Ketua ekspidisi mengarahkan beberapa anggota konvoi untuk keluar mencari bekalan memasak di Kuala Berang lebih kurang 40km dari sini. Dan beberapa buah motor juga keluar mengisi minyak. Keadaan menjadi senyap dan sunyi ketika itu,hanya tinggal teman dan yob dabai menyediakan makan tengahari . Hanya kelihatan dua pasang merpati tua hinggap seketika dipinggir tasik memadu kasih.
03.00pm
Kami menyewa sebuah bot berharga RM150.00 dan bergerak menaiki bot menuju ke Pulau air terjun dan Pulau herba. Pulau air terjun tu namanya Air terjun Saok berhampiran “zailani House Boat”. Perjalanan dari tapak perkhemahan memakan masa 30 minit. Air terjun biasa jer. Ada dua pasang merpati muda sedang mandi manda di situ. Macamana boleh terbang sampai sinipun kami tak tahu. Tapi tempat tu original lagi. Brother bot bagi masa 45 minit jer.
0400pm
Kami bergerak ke Pulau Herba dengan melalui beberapa buah pulau seperti Pulau JKR, Pulau Persekutuan dan Pulau Cebu. Ada lebih kurang 10 buah pulau yang kami lalui tapi tak sempat catit sebab brother bot tu cakap tak dengar dengan pelat hulu terengganunya serta enjin bot yang kuat. Di Pulau Herba semua tanaman adalah herba. Minuman tongkat ali dan kacip Fatimah percuma pun ada.Hujan turun membantutkan perjalanan kami. Kami bertolak keluar dari Pulau herba pukul 425pm.
430pm
Bertolak balik ke Pengkalan Gawi dan sampai di jeti pukul 5.00pm. Kami sembang dengan pemandu bot tu kalau nak datang memancing atau santai kat atas bot contact dia
EN KAMARUL – 019-9846012 –Satu bot RM800.00 sehari semalam.
Sampai di jeti pukul 5.15 pm. Malam rehat, tiada aktiviti dan tiada sentry. Malam terlampau sunyi,kelihatan beberapa ekor musang berkeliaran di atas motor. Yang lain berdengkur.

LIPUTAN PERJALANAN HARI PERTAMA KONVOI

CABARAN HARI PERTAMA




Konvoi bermotor gengjamlama bertolak dari stesen berlepas TLC, pada 19 Jun 2009 pukul 12.30 tengahari secara berperingkat-peringkat menuju ke destinasi pertama iaitu berkhemah di air terjun 6KM selepas Santuari Gajah Sungai Ketiar,Hulu Terengganu. Destinasi utama pula ialah Tasik Kenyir. Kenderaan yang terlibat ialah 12buah motor dan diiringi oleh sebuah Toyota Unser ADV 9923 sebagai kenderaan pengiring yang membawa jurukamera dan pencatat perjalanan serta pengemaskinian blog. Sebanyak tujuh set Walkie Talkie telah digunakan dan semuanya diberi kod nama serta disetkan kepada “channel 1”. Set Walkie Talkie ini digunakan supaya semua peserta konvoi tidak terkeluar dari lingkungan 3KM. Jarak perjalananke destinasi pertama dijangkakan 300KM.
Sebelum berlepas peserta diberi taklimat oleh Ketua Ekspidisi En Abdul Aziz bin Alang Sapri. Semua peserta diingatkan supaya berniat Jama’ dan Qasar sebelum berlepas. Destinasi persinggahan pertama ialah Bomba baru Simpang Pulai. Tujuan persinggahan ini ialah untuk menunggu Al-Fadil Ustaz Hasmezul yang terlewat bertolak. Setelah semua peserta konvoi bersedia, Ketua ekspidisi mengarahkan perjalanan bermula dan akan singgah di destinasi persinggahan ke dua iaitu Stesen Minyak Petronas Gua Musang.Berikut adalah masa dan destinasi untuk hari pertama.

0200PM - POS RAYA

0235PM - SEMPADAN PERAK/PAHANG
Jarak dari Ipoh ialah 62KM

0245PM - KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLAND.
Bau petrol dari generator yang dibawa mula menusuk ke hidung kami dalam kereta. Tapi yang aku hairannya En. Rosidi relex jer. Bau petrol macam bau minyak wangi pulak katanya.

0255PM - SEMPADAN PAHANG/KELANTAN

0300PM - TANAH TINGGI LOJING
Perbezaan ketara berlaku disepanjang jalan ke Gua Musang. Banyak Pokok telah ditebang untuk dimajukan untuk tanah pertanian

0330PM - 53KM dari Gua Musang
Kawasan Tanah Runtuh yang amat ketara. Tempatnya ialah disekitar Kawasan Pertanian Modal Jati Berhad.

0355PM - SIMPANG KG KUALA BETIS/GUA MUSANG
Pusing ke kanan menuju ke Gua Musang
17KM dari Gua Musang dengan melalui Kampung Panggung Lalat. Perjalanan
diberhentikan kerana kunci motor Ust Hasmezul telah terjatuh. Nasib baik enjin motor masih lagi dihidupkan. Jaraknya lebih kurang 10KM dari Gua Musang.Bau petrol semakin memeningkan kepala. Kami terpaksa memakai saputangan diikat di hidung untuk mengurangkan bau petrol

0430PM - PETRONAS GUA MUSANG
Setelah mengisi minyak penuh, perjalanan ditangguhkan 45 minit kerana menunggu Ust Hasmezul menukarkan kunci yang terjatuh. Perjalanan diteruskan pada pukul 0515PM

0530PM - MELALUI…………………………
SK Renok Baru
Air Terjun Jeram Pelangi
Kg sri Murni Gua Musang

0535PM - R&R GUA MUSANG
Sembahyang Jama’Ta’khir, Makan dan rehat.
Perjalanan dimulakan pukul 0625PM.

Saya tidak dapat menganggarkan jarak yang akan dilalui kerana hari semakin gelap dan jarak perjalanan semakin jauh dan memenatkan. Mengikut perbincangan awal, jika perjalanan menyukarkan konvoi akan diberhentikan dan khemah akan didirikan disitu.
Ikutilah perjalanan seterusnya ……….

0630PM - SIMPANG MASUK KE TAMAN NEGARA KUALA KOH
Bila jarak perjalanan 10KM semua talian telefon sudah diluar kawasan.

0645PM - PINTU MASUK FELDA ARING
Felda Aring 2,3,4,5

0700PM - KILANG SAWIT ARING A DAN FELDA ARING 10

0715PM - JUMPA SIMPANG FELDA ARING 8

0720PM - MEMASUKI SEMPADAN KELANTAN/TERENGGANU
Jurugambar sempat merakamkan sepohon pokok yang cantik ditepi jalan. (http://yobdabai.blogspot.com/)

0725PM - Terpaksa menempuh jalan rosak yang teruk dengan pokok terbalik serta tanah runtuh hampir menutupi keseluruhan jalan. Selepas itu persekitaran menjadi gelap. Lampu jalan sudah lama tiada.

0730PM - SANTUARI GAJAH SG KETIAR
Perjalanan mula terasa jauh dan memenatkan.Mungkin peserta konvoi yang menaiki motorsikal lebih terasa kepenatannya.

0745PM - Tapak perkhemahan di Air Terjun 6KM selepas Santuari Gajah belum ketemu. Perjalanan sudah melebihi jarak 6KM, malah sudah melebihi 20KM.Terdengar di set walkie Talkie Ketua Ekspidisi,beliau tidak pasti tempat itu kerana hari terlampau gelap.Masa sudah mencecah 0805PM tapi tempat perkhemahan masih belum ditemui.

0815PM - DESTINASI PERKHEMAHAN
Setelah dibuat pemeriksaan dan perbincangan dibuat, Destinasi ini tidak sesuai dibuat tapak perkhemahan kerana dijangka tidak selamat untuk diduduki.Mungkin tempat itu berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan gajah.

Keputusan diambil untuk meneruskan perjalanan. Peserta mengisi minyak. Jarak perjalanan mencecah 315KM.Perjalanan diteruskan melalui PIR LAWIT LODGE.

0840PM - SIMPANG KE PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR.
Jumpa Lampu Jalan pertama setelah sekian lama bergelap. Liputan talian telekomunikasi kembali berfungsi. Setelah melihat papan tanda menunjukkan terdapat kawasan perkhemahan, kami masuk ke Pengkalan Gawi untuk berkhemah.

0845PM
Kenderaan En Rosidi telah mengalami kerosakan tayar. Dengan bantuan 2 mekanik berpengalaman iaitu En Mocha dan En Khairi tayar yang pecah dapat ditukar dalam masa 20 minit. Disamping itu Ketua Ekspidisi sibuk mencari tempat untuk berkhemah. Kami mendapat maklumat dari sebuah kereta BDB7290 bahawa jalan ini adalah jalan yang betul. Terdapat kawasan perkhemahan di dalam serta stesen minyak terdekat ialah 15KM iaitu di Kuala Berang. Terima kasih Tuan.


Lebih kurang pukul 0900PM semua peserta konvoi sampai di tapak perkhemahan iaitu di PENGKALAN POLIS MARIN PENGKALAN GAWI. Kami mengambil keputusan untuk tidak mendirikan khemah dan tidur di pondok rehat berhampiran jeti. Kami menggunakan air tasik untuk tujuan memasak dan mengambil air sembahyang.Ketua ekspidisi cuba untuk mandi di situ tetapi malangnya beliau mandi bersama-sama dengan cat yang berselaput dikaki.
Perjalanan yang memenatkan tapi cukup menghiburkan pada hari pertama ini sudah menggambarkan keseronokan hari esok yang bakal ditempuhi. Blogger Secangkir Kehidupan sempat mengabadikan beberapa buah sajak sepanjang beliau di sana.
( http://bukharismtlc.blogspot.com/ ) CATATAN SEBUAH PERJALANAN
Ikutilah hari ke dua…………

Wednesday, June 17, 2009

PRA KONVOI BERMOTORSIKAL












Kelihatan mekanik gengjamlama sedang melakukan overhaul generator yang akan digunakan semasa konvoi bermotorsikal

AKTIVITI GENGJAMLAMA


KONVOI BERMOTORSIKAL GENGJAMLAMA

Tarikh : 19 Jun 2009
Masa bertolak : 11 pagi
Lokasi dituju : Tasik Kenyir



Monday, June 15, 2009

LONGINES


Jenama : Longines
Tahun : 1920an
Harga : RM 1000.00++

Sunday, June 14, 2009

JENAMA APA NI???? namanya MIMI

Aku dah tanya tuan presiden
UNTUK DIJUAL.

Jenama : Mimi
Negeri Asal : swiss made
Contact No : 017-5270851
Harga : RM250.00 +++++

Saturday, June 13, 2009

AKSI TUAN PRESIDEN BERKARAOKE


Puas mencari jam Tuan Presiden mendendangkan 2 buah lagu di Majlis kenduri Ahli bersekutu. Lagu yang didendangkan ialah
1. Putus sudah kasih sayang
2. Kekasihku diambil orang.
Mendayu-dayu suara tuan presiden sehingga tetamu yang datang semuanya menitiskan air mata.

Tuesday, June 9, 2009

NAGA DI TASIK CHINI






MISI MENJEJAK JAM LAMA





Pada Hari Ahad yang lepas(7/6/09), sewaktu balik dari kenduri kahwin rakan sejawat di Pulau Tiga, sempat juga menziarah keluarga cameraman. Sedang rancak berborak muncullah seorang pakcik yang dibahasakan oleh cameraman sebagai Yeop. Rupanya Yeop ni bukan datang dengan tangan kosong, di dalam genggamannya ada sebuah jam lama Jemana Pagol 25 Jewels yang telah rosak, diberikannya kepada cameraman untuk dibawa balik ke Kelab untuk dibaiki. Beliau berjanji ada banyak lagi jam yang akan diberi jika jam ini dibaiki dengan sempurna. Dan.... inilah gambar jam yang sempat dirakamkan oleh cameraman dalam keadaan tergesa-gesa.

Thursday, May 28, 2009

KOLEKSI ANTIK TUAN PRESIDEN












Tik.. tik… tik…
Suara jam berdetik
Memecah sunyi malam yang terasa mencekik
Membungkam gelisah rasa yang ingin kupekik
Luahan tuan presiden amat menarik

GENGJAMLAMA TLC

KOLEKSI BERGAYA GENGJAMLAMA

AKTIVITI KELAB

PERALATAN MENSERVIS

KOLEKSI JAM NAIB PRESIDEN

KOLEKSI JAM SETIAUSAHA