Monday, June 22, 2009

CABARAN HARI KE DUA




Terjaga dari tidur sebab terdengar bunyi org tangkap gambar dalam gelap. Rupa-rupanya ada le sorang mamat tu, kita punya ketua ekspidisi tak leh tido agaknya. Dia pakai tangkap jer gambar dalam gelap. Pass tu Yob Dabai pulak yg offer jadi assistant, tukang jadi lighting man. Teman bangun dan terus cari bilik mandi. Dengar kata tak jauh dari sini ada tandas awam dan bilik mandi. Jalan punya jalan 10 minit jugak.
Sambil sarapan, kami berbincang macamana pergerakan hari ini.Adakah nak bergerak ke tempat lain atau stay kat sini jer. Keputusan dibuat untuk tinggal di Pengkalan Gawi sehari lagi. Ketua ekspidisi mengarahkan beberapa anggota konvoi untuk keluar mencari bekalan memasak di Kuala Berang lebih kurang 40km dari sini. Dan beberapa buah motor juga keluar mengisi minyak. Keadaan menjadi senyap dan sunyi ketika itu,hanya tinggal teman dan yob dabai menyediakan makan tengahari . Hanya kelihatan dua pasang merpati tua hinggap seketika dipinggir tasik memadu kasih.
03.00pm
Kami menyewa sebuah bot berharga RM150.00 dan bergerak menaiki bot menuju ke Pulau air terjun dan Pulau herba. Pulau air terjun tu namanya Air terjun Saok berhampiran “zailani House Boat”. Perjalanan dari tapak perkhemahan memakan masa 30 minit. Air terjun biasa jer. Ada dua pasang merpati muda sedang mandi manda di situ. Macamana boleh terbang sampai sinipun kami tak tahu. Tapi tempat tu original lagi. Brother bot bagi masa 45 minit jer.
0400pm
Kami bergerak ke Pulau Herba dengan melalui beberapa buah pulau seperti Pulau JKR, Pulau Persekutuan dan Pulau Cebu. Ada lebih kurang 10 buah pulau yang kami lalui tapi tak sempat catit sebab brother bot tu cakap tak dengar dengan pelat hulu terengganunya serta enjin bot yang kuat. Di Pulau Herba semua tanaman adalah herba. Minuman tongkat ali dan kacip Fatimah percuma pun ada.Hujan turun membantutkan perjalanan kami. Kami bertolak keluar dari Pulau herba pukul 425pm.
430pm
Bertolak balik ke Pengkalan Gawi dan sampai di jeti pukul 5.00pm. Kami sembang dengan pemandu bot tu kalau nak datang memancing atau santai kat atas bot contact dia
EN KAMARUL – 019-9846012 –Satu bot RM800.00 sehari semalam.
Sampai di jeti pukul 5.15 pm. Malam rehat, tiada aktiviti dan tiada sentry. Malam terlampau sunyi,kelihatan beberapa ekor musang berkeliaran di atas motor. Yang lain berdengkur.

No comments:

Post a Comment

GENGJAMLAMA TLC

KOLEKSI BERGAYA GENGJAMLAMA

AKTIVITI KELAB

PERALATAN MENSERVIS

KOLEKSI JAM NAIB PRESIDEN

KOLEKSI JAM SETIAUSAHA