Monday, June 22, 2009

LIPUTAN PERJALANAN HARI PERTAMA KONVOI

CABARAN HARI PERTAMA




Konvoi bermotor gengjamlama bertolak dari stesen berlepas TLC, pada 19 Jun 2009 pukul 12.30 tengahari secara berperingkat-peringkat menuju ke destinasi pertama iaitu berkhemah di air terjun 6KM selepas Santuari Gajah Sungai Ketiar,Hulu Terengganu. Destinasi utama pula ialah Tasik Kenyir. Kenderaan yang terlibat ialah 12buah motor dan diiringi oleh sebuah Toyota Unser ADV 9923 sebagai kenderaan pengiring yang membawa jurukamera dan pencatat perjalanan serta pengemaskinian blog. Sebanyak tujuh set Walkie Talkie telah digunakan dan semuanya diberi kod nama serta disetkan kepada “channel 1”. Set Walkie Talkie ini digunakan supaya semua peserta konvoi tidak terkeluar dari lingkungan 3KM. Jarak perjalananke destinasi pertama dijangkakan 300KM.
Sebelum berlepas peserta diberi taklimat oleh Ketua Ekspidisi En Abdul Aziz bin Alang Sapri. Semua peserta diingatkan supaya berniat Jama’ dan Qasar sebelum berlepas. Destinasi persinggahan pertama ialah Bomba baru Simpang Pulai. Tujuan persinggahan ini ialah untuk menunggu Al-Fadil Ustaz Hasmezul yang terlewat bertolak. Setelah semua peserta konvoi bersedia, Ketua ekspidisi mengarahkan perjalanan bermula dan akan singgah di destinasi persinggahan ke dua iaitu Stesen Minyak Petronas Gua Musang.Berikut adalah masa dan destinasi untuk hari pertama.

0200PM - POS RAYA

0235PM - SEMPADAN PERAK/PAHANG
Jarak dari Ipoh ialah 62KM

0245PM - KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLAND.
Bau petrol dari generator yang dibawa mula menusuk ke hidung kami dalam kereta. Tapi yang aku hairannya En. Rosidi relex jer. Bau petrol macam bau minyak wangi pulak katanya.

0255PM - SEMPADAN PAHANG/KELANTAN

0300PM - TANAH TINGGI LOJING
Perbezaan ketara berlaku disepanjang jalan ke Gua Musang. Banyak Pokok telah ditebang untuk dimajukan untuk tanah pertanian

0330PM - 53KM dari Gua Musang
Kawasan Tanah Runtuh yang amat ketara. Tempatnya ialah disekitar Kawasan Pertanian Modal Jati Berhad.

0355PM - SIMPANG KG KUALA BETIS/GUA MUSANG
Pusing ke kanan menuju ke Gua Musang
17KM dari Gua Musang dengan melalui Kampung Panggung Lalat. Perjalanan
diberhentikan kerana kunci motor Ust Hasmezul telah terjatuh. Nasib baik enjin motor masih lagi dihidupkan. Jaraknya lebih kurang 10KM dari Gua Musang.Bau petrol semakin memeningkan kepala. Kami terpaksa memakai saputangan diikat di hidung untuk mengurangkan bau petrol

0430PM - PETRONAS GUA MUSANG
Setelah mengisi minyak penuh, perjalanan ditangguhkan 45 minit kerana menunggu Ust Hasmezul menukarkan kunci yang terjatuh. Perjalanan diteruskan pada pukul 0515PM

0530PM - MELALUI…………………………
SK Renok Baru
Air Terjun Jeram Pelangi
Kg sri Murni Gua Musang

0535PM - R&R GUA MUSANG
Sembahyang Jama’Ta’khir, Makan dan rehat.
Perjalanan dimulakan pukul 0625PM.

Saya tidak dapat menganggarkan jarak yang akan dilalui kerana hari semakin gelap dan jarak perjalanan semakin jauh dan memenatkan. Mengikut perbincangan awal, jika perjalanan menyukarkan konvoi akan diberhentikan dan khemah akan didirikan disitu.
Ikutilah perjalanan seterusnya ……….

0630PM - SIMPANG MASUK KE TAMAN NEGARA KUALA KOH
Bila jarak perjalanan 10KM semua talian telefon sudah diluar kawasan.

0645PM - PINTU MASUK FELDA ARING
Felda Aring 2,3,4,5

0700PM - KILANG SAWIT ARING A DAN FELDA ARING 10

0715PM - JUMPA SIMPANG FELDA ARING 8

0720PM - MEMASUKI SEMPADAN KELANTAN/TERENGGANU
Jurugambar sempat merakamkan sepohon pokok yang cantik ditepi jalan. (http://yobdabai.blogspot.com/)

0725PM - Terpaksa menempuh jalan rosak yang teruk dengan pokok terbalik serta tanah runtuh hampir menutupi keseluruhan jalan. Selepas itu persekitaran menjadi gelap. Lampu jalan sudah lama tiada.

0730PM - SANTUARI GAJAH SG KETIAR
Perjalanan mula terasa jauh dan memenatkan.Mungkin peserta konvoi yang menaiki motorsikal lebih terasa kepenatannya.

0745PM - Tapak perkhemahan di Air Terjun 6KM selepas Santuari Gajah belum ketemu. Perjalanan sudah melebihi jarak 6KM, malah sudah melebihi 20KM.Terdengar di set walkie Talkie Ketua Ekspidisi,beliau tidak pasti tempat itu kerana hari terlampau gelap.Masa sudah mencecah 0805PM tapi tempat perkhemahan masih belum ditemui.

0815PM - DESTINASI PERKHEMAHAN
Setelah dibuat pemeriksaan dan perbincangan dibuat, Destinasi ini tidak sesuai dibuat tapak perkhemahan kerana dijangka tidak selamat untuk diduduki.Mungkin tempat itu berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan gajah.

Keputusan diambil untuk meneruskan perjalanan. Peserta mengisi minyak. Jarak perjalanan mencecah 315KM.Perjalanan diteruskan melalui PIR LAWIT LODGE.

0840PM - SIMPANG KE PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR.
Jumpa Lampu Jalan pertama setelah sekian lama bergelap. Liputan talian telekomunikasi kembali berfungsi. Setelah melihat papan tanda menunjukkan terdapat kawasan perkhemahan, kami masuk ke Pengkalan Gawi untuk berkhemah.

0845PM
Kenderaan En Rosidi telah mengalami kerosakan tayar. Dengan bantuan 2 mekanik berpengalaman iaitu En Mocha dan En Khairi tayar yang pecah dapat ditukar dalam masa 20 minit. Disamping itu Ketua Ekspidisi sibuk mencari tempat untuk berkhemah. Kami mendapat maklumat dari sebuah kereta BDB7290 bahawa jalan ini adalah jalan yang betul. Terdapat kawasan perkhemahan di dalam serta stesen minyak terdekat ialah 15KM iaitu di Kuala Berang. Terima kasih Tuan.


Lebih kurang pukul 0900PM semua peserta konvoi sampai di tapak perkhemahan iaitu di PENGKALAN POLIS MARIN PENGKALAN GAWI. Kami mengambil keputusan untuk tidak mendirikan khemah dan tidur di pondok rehat berhampiran jeti. Kami menggunakan air tasik untuk tujuan memasak dan mengambil air sembahyang.Ketua ekspidisi cuba untuk mandi di situ tetapi malangnya beliau mandi bersama-sama dengan cat yang berselaput dikaki.
Perjalanan yang memenatkan tapi cukup menghiburkan pada hari pertama ini sudah menggambarkan keseronokan hari esok yang bakal ditempuhi. Blogger Secangkir Kehidupan sempat mengabadikan beberapa buah sajak sepanjang beliau di sana.
( http://bukharismtlc.blogspot.com/ ) CATATAN SEBUAH PERJALANAN
Ikutilah hari ke dua…………

No comments:

Post a Comment

GENGJAMLAMA TLC

KOLEKSI BERGAYA GENGJAMLAMA

AKTIVITI KELAB

PERALATAN MENSERVIS

KOLEKSI JAM NAIB PRESIDEN

KOLEKSI JAM SETIAUSAHA